Jepun berjaya mendaratkan dua robot perantau pada Asteroid Ryugu

Gambar yang menakjubkan ini menunjukkan rakaman dari Minerva-II-1A yang melompat semasa ia mendarat di atas Asteroid Ryugu pada 21 September 2018. Dibina oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun/Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), robot perantauan ini merupakan salah satu dari dua yang mendarat di permukaan Ryugu. Ia sebahagian daripada program kapal angkasa Hayabusa2 dan merupakan kali pertama dua robot perantauan mendarat di atas sebuah asteroid. Credit: Japan Aerospace Exploration Agency

Dua robot kecil yang dibina untuk program angkasa Hayabusa2 oleh Jepun telah berjaya mendarat di atas permukaan sebuah asteroid bernama Ryugu – dan robot-robot ini juga telah memancar kembali beberapa gambar poskad yang sangat mengujakan kita semua.

Robot-robot ini merupakan sebahagian dari misi Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) untuk membawa balik sampel galian dan mineral dari asteroid tersebut. Jurutera dan saintis agensi tersebut telah mendaratkan robot-robot ini pada pagi Jumaat (21 September 2018), dan mengesahkan kejayaan cubaan pendaratan ini pada keesokkan harinya.

Sebahagian daripada program MINERVA-II, robot-robot ini (1A dan 1B) direkabentuk untuk melompat (hop) pada permukaan asteroid, mengambil gambar dan mengumpul data. Tambahan pula, salah satu dari gambar yang dipancar pulang adalah kabur kerana ia dirakam semasa robot ini masih bergerak.

Robot perantau Agensi Penerokaan Angkasa Jepun MINERVA-II-1A merakam gambar asteroid Ryugu (bawah) sebaik sahaja ia berpisah dari kapal angkasa pada 21 September, 2018.

Untuk melengkapkan pendaratan, kapal angkasa utama Hayabusa2 bergerak secara perlahan-lahan ke permukaan asteroid sehingga ia hanya 180 kaki (55 meter). Setelah robot-robot perantauan itu dilepaskan, kapal angkasa tersebut dinaikkan kembali pada aras 12.5 batu (20 kilometer) dari permukaan asteroid Ryugu.

Robot Minerva-II-1B merakam pemandangan permukaan Asteroid Ryugu pada 21 September 2018, sejurus selepas ia berpisah dari kapal angkasa Hayabusa2. Permukaan asteroid kelihatan pada lokasi kanan-bawah di dalam gambar ini.

Agensi ini masih mempunyai dua lagi pendaratan di masa hadapan. Hayabusa2 dijadualkan untuk mendaratkan sebuah robot perantauan yang lebih besar bernama MASCOT pada bulan Oktober, dan satu lagi robot yang kecil pada tahun hadapan. Dan sudah pasti, kapal angkasa Hayabusa2 mempunyai beberapa tugas lain yang perlu disiapkan semasa ia mengekori Ryugu – yang terpenting ialah mengambil sampel permukaan asteroid itu untuk dibawa pulang ke Bumi bagi kajian analisis.

Nukilan asli oleh: Space.com – They Made It! Japan’s Two Hopping Rovers Successfully Land on Asteroid Ryugu

Rujukan: Jaxa.jp – ミネルバⅡ1、写真撮影・リュウグウ着地・ホップによる移動に成功!

Alih-bahasa oleh: fuqaha.com, 21 September 2018

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s