
Dua robot kecil yang dibina untuk program angkasa Hayabusa2 oleh Jepun telah berjaya mendarat di atas permukaan sebuah asteroid bernama Ryugu – dan robot-robot ini juga telah memancar kembali beberapa gambar poskad yang sangat mengujakan kita semua.
Robot-robot ini merupakan sebahagian dari misi Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA) untuk membawa balik sampel galian dan mineral dari asteroid tersebut. Jurutera dan saintis agensi tersebut telah mendaratkan robot-robot ini pada pagi Jumaat (21 September 2018), dan mengesahkan kejayaan cubaan pendaratan ini pada keesokkan harinya.
Continue reading “Jepun berjaya mendaratkan dua robot perantau pada Asteroid Ryugu”