
Semasa saya di sekolah rendah, cikgu memberitahu bahawa jirim (matter) wujud dalam tiga bentuk/keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas. Mungkin beliau terlupa, atau masih belum diketahui umum, cikgu saya tidak beritahu berkenaan plasma, sejenis gas berelektrik yang unik. Kita sangat jarang menjumpai plasma secara semulajadi, melainkan jika kita bertuah dan mampu untuk melihat aurora borealis (Northern lights), atau jika kita melihat matahari menggunakan satu penapis cahaya khas, atau jika kita melihat kilat yang diselubungi ribut petir seperti yang saya kerap lakukan semasa kecil. Namun begitu, walaupun plasma jarang dijumpai dalam kehidupan harian, ia membentuk lebih dari 99 peratus jirim yang wujud dalam cakerawala (jika kita tidak mengambilkira ‘jirim gelap’ (dark matter)).
Continue reading “Misteri plasma, satu fasa bentuk jirim yang ke-empat”